Friday, November 30, 2012


Prinsip-prinsip Pengajaran Bahasa Pertama

1.         Kemahiran bahasa dikuasai secara beransur-ansu

Penguasaan sesuatu kemahiran bahasa di kalangan kanak-kanak berlaku secara beransur-ansur. Pada peringkat awal mereka mengeluarkan bunyi-bunyi, kemudian mencantumkan unit-unit bunyi itu menjadi perkataan dan selepas itu mencantumkan pula perkataan-perkataan itu menjadi ungkapan atau ayat. Kanak-kanak memerhati dan menangkap sebarang kemahiran bahasa itu daripada penutur-penutur lain. Lama-kelamaan mereka akan menjadi mahir dengan sendirinya. Proses kefahaman boleh wujud lebih awal daripada proses melahirkan ucapan.

2.         Banyak aspek bahasa dikuasai sekaligus

Kebiasaannya, setiap kemahiran bahasa dikuasai dengan cara yang perlahan. Hal ini membolehkan beberapa aspek bahasa itu dapat dikuasai secara sekaligus.  Bahasa mempunyai banyak rumus dan peraturan dan semuanya ini dikuasai secara serentak. Kanak-kanak  dapat menguasai bunyi, perkataan, pengimbuhan, makna, dan penggunaannya dalam ayat secara sekaligus.

3.         Kanak-kanak mempelajari menggunakan bahasa tetapi tidak tahu  mengenainya.

Prinsip ini menerangkan bahawa kanak-kanak tidak cuba mengkaji jalan bahasa dalam proses menguasai bahasa tersebut. Mereka belajar menggunakannya. Kanak-kanak tidak diminta menjelaskan kenapa sesuatu ayat itu betul atau salah tetapi mereka perlu tahu betul salahnya. Contohnya dalam aspek tatabahasa, kanak-kanak tidak diminta mengkaji rumus-rumusnya tetapi cukup sekadar menggunakannya dalam ayat-ayat yang betul.

4.         Kanak-kanak menggunakan bahasa mengikut konteks makna

Kanak-kanak belajar menggunakan bahasa itu dengan memerhati atau mendengar dan kemudiannya menggunakan unsur yang sama dalam keadaan yang serupa bagi memberikan maknanya. Walaupun tidak memahami sistem tatabahasa, tetapi mereka amat mengetahui hubungan perkataan dengan perkataan dalam ayat dan antara ayat dengan ayat yang lain. Mereka menggunakan sesuatu perkataan itu dalam konteks makna, bukannya dalam konteks tatabahasa. Semasa mengajar, guru perlulah mencari konteks makna bagi menjelaskan makna perkataan itu. Pelajar diberi latihan dan latih tubi penggunaan perkataan yang betul.

5.         Kanak-kanak mempunyai kebiasaan sendiri mempelajari bahasa dan   pertuturan.

Kanak-kanak mempelajari pertuturan mengikut kebiasaan tertentu. Kebiasaan ini mungkin kebiasaan seseorang individu atau kumpulan penutur. Mereka mempunyai kumpulan sendiri dan mempunyai tabiat dalam cara bertutur yang tersendiri. Jadi kanak-kanak tidak perlu dihalang mengembangkan kebolehan mereka berbahasa secara tersendiri.


Rujukan

Tuesday, November 27, 2012


PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

Istilah pemerolehan bahasa pertama lazimnya sering dikaitkan dengan bahasa yang mula-mula dipelajari dan diperoleh kanak-kanak sejak lahir. Terdapat perbezaan antara pemerolehan bahasa dengan pembelajaran bahasa. Pembelajaran bahasa berkaitan dengan proses-proses yang terjadi semasa kanak-kanak mempelajari bahasa kedua selepas seseorang kanak-kanak itu mempelajari bahasa pertamanya. Menurut Nabahan (1992), setiap anak yang normal akan belajar bahasa pertama sejak lahir sehingga berumur lebih kurang lima tahun.
Pengetahuan bahasa pertama dikuasai secara tidak formal sejak peringkat awal kanak-kanak, iaitu ketika berusia seawal lapan belas bulan. Selain itu, proses pemerolehan ini diterima secara tidak langsung melalui ibu bapa,keluarga dan masyarakat sekeliling. Menurut Corder (1973)  penguasaan bahasa pertama merupakan proses dibawah sedar di mana pada saat ia sedang memperoleh kemahiran yang lain serta pengetahuan tentang alam sekitarnya. Kennedy (1973) berpendapat bahawa kanak-kanak yang mula memperoleh bahasa pertamanya sentiasa terdedah pada persekitaran linguistik yang lengkap yang mengandungi pelbagai butiran tatabahasa dan leksis orang dewasa, dan kebanyakannya tidak difahami oleh kanak-kanak tersebut.
Peringkat penguasaan bahasa terbahagi kepada dua iaitu peringkat pertama dalam penguasaan fonetik dan peringkat pertama dalam penguasaan makna. Pada peringkat pertama dalam penguasaan fonetik, menangis dianggap sebagai bahasa kanak-kanak kerana mereka belajar mengawal alam sekitar dengan tangisan. Selepas 8 bulan ke atas, mereka mula bermain dengan bunyi , menirunya dan berlatih secara konsisten membunyikan bunyi tersebut. Setelah dapat mengawal alat atrikulasinya pada umur kira-kira 2 tahun, mereka mula belajar mengucap beberapa patah perkataan. Perkembangan perbendaharaan katanya akan berkembang dari semasa ke semasa. Manakala dalam peringkat pertama dalam penguasaan makna, menangis mempunyai makna tertentu kepada kanak-kanak. Semasa mereka meniru bunyian, ibu bapa berperanan memberi makna pada bunyi yang dihasilkan. Selepas itu, mereka sudah boleh mengucapkan perkataan yang mempunyai makna khusus untuk menggambarkan isi hati mereka.
Menurut Clare Painter (1989), penguasaan bahasa pertama kanak-kanak melibatkan proses pemindahan awal. Proses ini dapat dijelaskan seperti yang berikut:
The move into mother tongue is characterised first by the introduction of names into the system, and by the development of two tones conveiying two different functional meaning. A small core of vocabulary was freely usable on either tone, allowing the same experiential meaning to be combined with either of two kinds of primitive speech role. Most names however, occured always with same tone; some being restricted to level tone and pragmatic uses, others to falling tone and mathetic uses.

Menurut Siti Hajar  Abdul Aziz (2009), pemerolehan bahasa pertama pada umumnya mengikut urutan yang dapat diramalkan.  Terdapat beberapa variasi umur kanak-kanak itu dapat mencapai tahap tertentu pemerolehan bahasa. Walau bagaimanapun, perkembangan setiap kanak-kanak lazimnya dicirikan melalui pemerolehan bahasa secara beransur-ansur sesuai dengan kemampuan tertentu. Dari segi pemerolehan yang berhubung dengan ‘penghasilan bahasa’,  tahap yang digunakan berfokus kepada pengetahuan leksikal dan sintatik seperti dalam jadual berikut:

Tahap
Umur tipikal
Huraian
Babling
6 - 8 bulan
Pengulangan pola konsonan dan vokal(KV)
Kata/morfem/unit kata
9 -18 bulan
Perkaitan suku kata terbuka atau kata dasar
Holofrasa(suku kata)
18 – 24 bulan
Frasa yang mempunyai semantik mudah
Telegrafik (tahap awal pelbagai kata/morfem)

24 – 30 bulan
Struktur ayat leksikal lebih daripada fungsional atau morfem gramatikal
Tahap akhir pelbagai kata

30 bulan ke atas
Struktur gramatikal dan fungsional disatukan


BIBLIOGRAFI

Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Bahasa Melayu II. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Mangantar Simanjutak (1987) Pengantar Psikologi Moden . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nabahan (1992). Psikolinguistik : Satu Pengantar.  Jakarta : Gramedia Pustaka Utama

Cara Pemerolehan Bahasa Pertama dalam http://retibasa.blogspot.com/2010/08/cara-pemerolehan-bahasa-pertama.html diakses pada  16/11/2012



PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

PENGENALAN

Pemerolehan bahasa sering dikaitkan dengan cara-cara bahasa dikuasai oleh seseorang kanak-kanak.  Hal ini merupakan satu fenomena yang lumrah bagi masyarakat manusia sejak zaman-berzaman. Menurut Siti Hajar  Abdul Aziz (2009) , pemerolehan bahasa merupakan proses yang membolehkan manusia menguasai dan membina bahasa. Mangantar Simanjutak pula berpendapat bahawa pemerolehan bahasa ialah proses-proses yang berlaku di dalam otak kanak-kanak  (bayi) sewaktu memperoleh bahasa ibundanya.
Secara umumnya, kita mengakui  bahawa semua bayi yang sihat memperoleh bahasa dengan mudah pada tahun pertama dalam hidup mereka, dan pendapat ini diterima hampir semua kebudayaan dan masyarakat.  Terdapat dua istilah yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa iaitu bahasa pertama yang merujuk kepada  perkembangan bahasa dalam kalangan bayi dan kanak-kanak manakala pemerolehan bahasa kedua merujuk kepada perkembangan kanak-kanak dan orang dewasa.

BIBLIOGRAFI
Siti Hajar Abdul Aziz (2009). Bahasa Melayu II. Shah Alam  : Oxford Fajar Sdn. Bhd.