Friday, November 30, 2012


Prinsip-prinsip Pengajaran Bahasa Pertama

1.         Kemahiran bahasa dikuasai secara beransur-ansu

Penguasaan sesuatu kemahiran bahasa di kalangan kanak-kanak berlaku secara beransur-ansur. Pada peringkat awal mereka mengeluarkan bunyi-bunyi, kemudian mencantumkan unit-unit bunyi itu menjadi perkataan dan selepas itu mencantumkan pula perkataan-perkataan itu menjadi ungkapan atau ayat. Kanak-kanak memerhati dan menangkap sebarang kemahiran bahasa itu daripada penutur-penutur lain. Lama-kelamaan mereka akan menjadi mahir dengan sendirinya. Proses kefahaman boleh wujud lebih awal daripada proses melahirkan ucapan.

2.         Banyak aspek bahasa dikuasai sekaligus

Kebiasaannya, setiap kemahiran bahasa dikuasai dengan cara yang perlahan. Hal ini membolehkan beberapa aspek bahasa itu dapat dikuasai secara sekaligus.  Bahasa mempunyai banyak rumus dan peraturan dan semuanya ini dikuasai secara serentak. Kanak-kanak  dapat menguasai bunyi, perkataan, pengimbuhan, makna, dan penggunaannya dalam ayat secara sekaligus.

3.         Kanak-kanak mempelajari menggunakan bahasa tetapi tidak tahu  mengenainya.

Prinsip ini menerangkan bahawa kanak-kanak tidak cuba mengkaji jalan bahasa dalam proses menguasai bahasa tersebut. Mereka belajar menggunakannya. Kanak-kanak tidak diminta menjelaskan kenapa sesuatu ayat itu betul atau salah tetapi mereka perlu tahu betul salahnya. Contohnya dalam aspek tatabahasa, kanak-kanak tidak diminta mengkaji rumus-rumusnya tetapi cukup sekadar menggunakannya dalam ayat-ayat yang betul.

4.         Kanak-kanak menggunakan bahasa mengikut konteks makna

Kanak-kanak belajar menggunakan bahasa itu dengan memerhati atau mendengar dan kemudiannya menggunakan unsur yang sama dalam keadaan yang serupa bagi memberikan maknanya. Walaupun tidak memahami sistem tatabahasa, tetapi mereka amat mengetahui hubungan perkataan dengan perkataan dalam ayat dan antara ayat dengan ayat yang lain. Mereka menggunakan sesuatu perkataan itu dalam konteks makna, bukannya dalam konteks tatabahasa. Semasa mengajar, guru perlulah mencari konteks makna bagi menjelaskan makna perkataan itu. Pelajar diberi latihan dan latih tubi penggunaan perkataan yang betul.

5.         Kanak-kanak mempunyai kebiasaan sendiri mempelajari bahasa dan   pertuturan.

Kanak-kanak mempelajari pertuturan mengikut kebiasaan tertentu. Kebiasaan ini mungkin kebiasaan seseorang individu atau kumpulan penutur. Mereka mempunyai kumpulan sendiri dan mempunyai tabiat dalam cara bertutur yang tersendiri. Jadi kanak-kanak tidak perlu dihalang mengembangkan kebolehan mereka berbahasa secara tersendiri.


Rujukan

No comments:

Post a Comment