Teori Pemerolehan Bahasa Pertama
Teori Pemerolehan Bahasa Pertama dapat dilihat dari aspek
psikologi dan linguistik seperti berikut: -
Psikologi – Teori Behaviorisme
Teori yang berkaitan dengan bahasa pertama ialah Teori
Behaviorisme dan ahli bahasa mendominasi Teori Behaviorisme ialah Bloomfield,
Sapir, Boas, Fries dan Brooks.
Prinsip terhadap penguasaan dan pembelajaran bahasa adalah
seperti berikut: -
·
Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan sebanyak mungkin
kemahiran bahasa sehingga menjadi semakin kebiasaan. Teori Behaviorisme
berasaskan kepada cara pemerolehan bahasa pertama oleh seseorang kanak-kanak.
Pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan dan pengulangan banyak. Ini
kerana penguasaan bahasa adalah satu proses tingkahlaku yang tidak memerlukan
daya mental.
·
Kemahiran bahasa diperolehi melalui pembentukkan suatu yang
menjadi kebiasaan dan penguasaan kemahiran psikomotor seperti berlari, melompat
dan sebagainya.
·
Bahasa merupakan suatu tingkahlaku yang sama dengan tingkahlaku
lain yang boleh dikuasai melalui latihan dan pengulangan. Tingkahlaku bahasa
wujud ketika ucapan terzahir daripada mulut dan ucapan itu diterima serta
difahami oleh pendengar dan sebaliknya.
·
Bahasa adalah alat komunikasi dan teori ini menekankan tentang
aspek lisan. Menurut Bloomfield, bahasa adalah sejumlah isyarat sejumlah
isyarat yang berupa unsur-unsur bunyi (linguistik).
·
Mengikut Teori Behaviorisme, pembelajaran adalah pengukuhan yang
dapat ditimbulkan melalui ganjaran yang perlu diberi sekiranya seseorang
pelajar memberi gerak balas yang betul.
·
Menekankan aspek huraian bahasa secara deskriptif atau
struktural. Menurut Fries, pertuturan adalah bahasa, tulisan juga bahasa tetapi
sebagai secondary.
Linguistik – Teori Kognitif
Teori yang berkaitan dengan bahasa pertama ialah Teori Kognitif
atau Teori Mentalis dan ahli bahasa mendominasi Teori Behaviorisme ialah Noam
Chomsky, Miller, Katz dan Lakoff.
Prinsip terhadap penguasaan dan pembelajaran bahasa adalah
seperti berikut: -
·
Menurut teori ini, manusia sejak lahir sudah mempunyai kebolehan
untuk menguasai bahasa. Kanak-kanak mempunyai keupayaan semulajadi untuk
merumus dan membentuk ayat-ayat mengikut sistem bahasa yang diperolehi dengan
syarat kanak-kanak terdedah kepada penggunaan bahasa tersebut.
·
Selain itu, wujud jangkamasa tertentu yang merupakan masa subur
untuk bahasa berkembang dan sebaliknya.
·
Menurut J. Piaget, otak manusia mempunyai kebolehan untuk
mempelajari banyak perkara. Proses pembelajaran adalah proses mental dan
bukannya proses mekanis.
·
Menurut N. Chomsky, kanak-kanak dilahirkan dengan kecekapan
semulajadi untuk menguasai bahasa sehingga tahap peringkat kematangan tertentu.
·
Setiap tahap kematangan kanak-kanak akan terbentuk
hipotesis-hipotesis terhadap peraturan-peraturan ahli masyarakatnya. Pembetulan
kesalahan oleh ahli dalam masyarakat akan memperkukuhkan rumus-rumus bahasa
yang tersimpan dalam otaknya.
·
Menurut Lenneberg, kanak-kanak yang sihat dan normal mulai
bercakap dan bertutup pada peringkat umur yang sama. Dalam konteks ini,
perkembangan dan kebolehan berbahasa adalah terjadual secara biologis.
·
Apabila sampai masanya kanak-kanak tertarik kepada bunyi-bunyian
yang didengarnya dan dia dapat menajamkan pancainderanya. Oleh itu, kanak-kanak
berupaya memahami dan memilih bunyi-bunyi yang penting dan mengetepikan yang
lain.